Kenali Karangan Cemerlang

Kertas 1 dalam Bahasa Melayu SPM menyumbangkan 130 markah. Jumlah markahnya adalah tertinggi berbanding kertas 2 dan kertas 3. Anda hanya perlu menjawab dua soalan karangan iaitu satu dalam bahagian A yang melibatkan karangan berasaskan bahan rangsangan dan satu lagi dalam bahagian B, iaitu karangan biasa daripada 5 pilihan soalan. Peluang pelajar memperoleh markah tinggi adalah cerah jika para pelajar mengambil kira ciri-ciri karangan peringkat cemerlang. Oleh itu, para pelajar perlu mengetahui dan mengenali kriteria karangan cemerlang. Para pelajar perlu membaiki karangan mereka dan membuat penambahbaikan sehingga karangan mereka mencapai tahap cemerlang. Di bawah ini saya senaraikan kriteria karangan cemerlang sebagai panduan.

Bahagian A :
  • Karangan menepati tema bahan rangsangan
  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
  • Penggunaan tanda baca betul dan tepat
  • Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru
  • Penggunaan kosa kata luas dan tepat
  • Wacana lengkap
  • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi
  • Penggunaan ungkapan menarik (peribahasa, slogan, cogan kata, frasa menarik, kata hikmat, maksud hadis dan al-Quran)
  • Idea relevan dengan tema bahan rangsangan
  • Huraian jelas dan matang
  • Panjang karangan antara 200 hingga 250 patah perkataan
  • Tulisan yang jelas

Bahagian B :
  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
  • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
  • Ejaan dan tanda baca betul
  • Laras bahasa sesuai dengan tugasan
  • Penggunaan kosa kata luas dan tepat
  • Idea yang relevan dengan tugasan
  • Huraian yang jelas dan matang
  • Penggunaan contoh yang sesuai
  • Pengolahan yang menarik
  • Wacana yang lengkap
  • Kesinambungan idea yang jelas antara perenggan
  • Format menepati kehendak soalan
  • Penggunaan unsur bahasa bervariasi
  • Gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa
  • Penggunaan ungkapan menarik (peribahasa, cogan kata, frasa menarik, kata hikmat, pantun)
  • Kesalahan ejaan sifar
  • Panjang karangan melebihi 350 patah perkataan
  • Tulisan yang boleh dibaca dan tidak terlalu kecil
  • Satu isi dalam setiap perenggan
  • Penggunaan penanda wacana yang betul 

Tiada ulasan: