Kehendak Soalan dan Jenis Karangan

Perkara pertama yang perlu diberi perhatian selepas mendapat soalan karangan sama ada soalan bahagian A atau B ialah tema bahan rangsangan atau kehendak soalan. Kehendak soalan atau kata kunci yang terdapat dalam soalan perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Hal ini amat penting kerana kesilapan memahami kehendak soalan akan memberi kesan kepada markah. Apa akan berlaku jika pelajar tersilap langkah dan mengenal pasti kehendak soalan yang salah, tidak tepat dan menyimpang daripada idea sebenar?

Bahagian A :
Ciri-ciri Karangan
Markah Layak Diterima
Idea menepati tema bahan rangsangan
20 - 30
Idea masih menepati tema
15 - 19
Idea kurang menepati tema
0 - 14
Idea tidak menepati tema
1 - 9

Bahagian B :
Ciri-ciri Karangan
Markah Layak Diterima
Idea yang relevan mengikut tugasan
66 - 100
Idea masih reIevan mengikut tugasan
36 - 65
Idea masih relevan I idea bercampur aduk
21 - 35
Idea bercampur aduk
1 - 20

Pendek kata, idea pelajar hendaklah selari dengan tema bahan rangsangan atau tugasan. Garisi kehendak soalan atau kata kunci yang ada dalam soalan. Kesilapan dalam langkah pertama ini akan menyebabkan pelajar tersasar daripada destinasi yang dikehendaki. Berhati-hatilah ketika memilih soalan. Pilihlah soalan yang betul-betul difahami dari segi tema atau tugasannya. Insyaallah, anda akan mendapat markah terbaik.

Selain itu, para pelajar perlu mengenal pasti jenis karangan yang betul. Hal ini akan menentukan ketepatan format karangan dan laras bahasa bagi karangan anda. Jangan biarkan markah karangan anda terjejas dengan kesilapan kecil ini. Kebiasaannya, jenis karangan dinyatakan dengan jelas dalam soalan. Bulatkan perkataan jenis karangan yang ada dalam soalan. Tindakan ini akan dapat mengelakkan anda tersasar daripada format yang dikehendaki. Semoga ada manfaatnya daripada panduan ringkas ini.